Di dalam Web blog ini disediakan aplikasi Android di mana para pelajar boleh mengakses di mana sahaja pada bila-bila masa. Caranya hanya menekan DOWNLOAD link ini. Setelah itu pelajar dikehendaki INSTALL aplikasi ini di dalam telefon pintar masing-masing. Hanya menekan satu (1) button maka aplikasi ini terus memasuki web blog tanpa menekan alamat sesawang atau website. Di dalam aplikasi ini disediakan E-book atau e-buku dan boleh dikenali juga sebagai buku elektronik yang boleh dimuat turun (download) bagi pengguna windows dan pengguna telefon pintar (Android) boleh terus akses secara online sebagai bahan bacaan utama pelajar menggantikan nota. E-book dalam aplikasi Android ini amat mudah dikendalikan dan menarik minat pelajar untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya dan tidak mudah berasa bosan terhadap proses pembelajaran. Ini kerana penggunaan aplikasi Android menjadi medium utama komunikasi yang efektif kerana ia mampu membuatkan pelajar menjadi cenderung kepada pembelajaran melalui teks audio,video serta animasi yang pelbagai warna dan corak yang dipaparkan diskrin pada masa yang sama.
Download Android Apps Here :
http://www.mediafire.com/download/6ep92o4wpf4uiqy/EC501__Embedded_System_Applications.apk
Download for E-book for Windows Here :
http://www.mediafire.com/download/3716d44171bg2nw/EC501__Embedded_System_Applications.exe
No comments:
Post a Comment